Perhatian PDF Print E-mail
 

Perhatian Kepada Semua Promoter Buluhmas, Sejak Kebelakangan Ini Terdapat Banyak Sms/Khabar Berita Yang Berunsur Fitnah. Diharap Kepada Semua Promoter Buluhmas Tidak Terpedaya Dengan Berita-Berita Tersebut. Pihak Buluhmas Telah Pun Membuat Laporan Polis Dan Siasatan Sedang Lakukan. Segala Berita Terkini Mengenai Buluhmas Hanya Akan Disiarkan Melalui Laman Rasmi (Website) Buluhmas Sahaja. Harap Maklum.

 
  
 
PEMBERITAHUAN PDF Print E-mail
 

Kepada Pengusaha-Pengusaha IKS, Promoter-Promoter dan Wakil-Wakil Buluhmas adalah dimaklumkan pada hari Khamis 22 Okt 2009 , Pengarah Urusan (En. Azmi) dan CEO Buluhmas (En. Ame Hamzah Bin Mat Atar) telah dibuat pendakwaan di Mahkamah Tinggi Klang dan dibebaskan dengan ikat jamin. TARIKH PERBICARAAN PADA 17 Februari 2010 telah berlangsung dengan baik dan PERBICARAAN SETERUSNYA TELAH DITENTUKAN PADA 19 APRIL 2010. Oleh yang demikian, diharap Pengusaha-Pengusaha IKS, Promoter-Promoter dan Wakil-Wakil Buluhmas bersabar dan berdoa agar hasil perbicaraan memihak kepada Syarikat Buluhmas yang mana membolehkan kita beroperasi semula.



 
Agensi Pengiklanan Bergerak PDF Print E-mail
Ketua Pengarah Eksekutif

Pengarah Urusan

 

"BuluhMas telah membawa konsep baru dalam Industri Pengiklanan. Kami ingin manawarkan konsep ini kepada syarikat-syarikat yang mahu mengiklankan nama atau produk mahupun sebarang bentuk yang boleh diiklankan. Apa yang membezakan konsep kami dengan konsep yang telah ada, ianya tidak memerlukan kos yang tinggi dan ianya sungguh efektif. "

Pada peringkat pengenalan Buluhmas berjaya menembusi pasaran di setiap negeri dengan keahlian melebihi 700,000 orang promoter dan apa yang penting di sini adalah telah wujudnya hubungan sosial yang positif di antara ahli-ahlinya.

  • Setiap promoter merupakan pelanggan tetap kepada Buluhmas Mart.
  • Mewujudkan rangkaian Buluhmas Mart di seluruh negara.
  • Memberi peluang pasaran kepada produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
  • Pengguna mendapat faedah dan mempunyai kuasa beli yang selesa.
 

 

 

 

 

 

 

 

                               Â