“Salam takziah. Pengasas syarikat Buluhmas iaitu En Ame Hamzah serta isteri beliau Pn Khatijah telah terlibat dalam nahas jalanraya pada pagi Sabtu(5/10/2013). Kedua- dua mereka telah kembali ke rahmatullah pada hari yang sama. Bersama- samalah kita berdoa agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang- orang yang beriman. Al- fatihah. Usaha syarikat untuk kembali beroperasi semula akan tetap diteruskan oleh anak Allahyarham iaitu En Azmi. Bersamalah kita memberi sokongan kepada beliau.”



 

Seperti sedia maklum, Ibu Pejabat Buluhmas yang beroperasi di Tanjong Karang telah didatangi oleh pihak Bank Negara Malaysia untuk membuat siasatan terhadap setiap perniagaan yang dijalankan. Memandangkan terlalu banyak khabar berita tersebar merata yang sumbernya tidak dikenalpasti, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat terkini dari masa ke semasa melalui laman rasmi Buluhmas sahaja (www.buluhmas.com).

Laman web rasmi Buluhmas ini telah dikemaskini pada 6 Julai 2012 sebagai medium untuk memudahkan orang ramai terutamanya ahli setia Buluhmas untuk mengikuti perkembangan terkini semasa proses perbicaraan berlangsung. Diharapkan kepada semua pihak dapat bersabar dan terus berdoa untuk kejayaan ke atas Buluhmas. InsyaAllah...

Copyright 2006-2012 Buluhmas Enterprise Sdn Bhd. All rights reserved. Designed by ezzardesire

(To experience the full effect of our pages they are best viewed with a screen resolution of 1280 x 1024 pixels.)

“Perbicaraan yang berikutnya dijadualkan pada 23 September 2014 akan datang. Pihak syarikat berharap agar semua pihak dapat terus bersabar dan bersama- sama terus berdoa untuk kejayaan kita bersama. Pihak syarikat akan sentiasa mengemaskini laman web ini apabila mendapat info yang berkenaan. Terima kasih.”