Kaedah Buluhmas...

Untuk mengiklankan Syarikat anda, kami menggunakan kaedah promoter pengiklanan. Kaedah ini sangat efektif dan berjaya disebabkan 3 tugas utama promoter:-

i) Menampal pelekat/sticker di kereta Promoter.
Sticker syarikat anda dapat dilihat di mana-mana sahaja dan secara kerap. Ini menjadikan info produk, laman web dan nama syarikat anda tersebar dengan luas dan cepat.

ii) Menggunakan produk atau perkhidmatan
Setiap promoter diwajibkan menggunakan produk atau perkhidmatan syarikat anda. Dengan ini produk anda akan menembusi pasaran di kawasan yang anda sukar mengiklankan perniagaan anda. Pelanggan akan bertambah dan keuntungan syarikat akan meningkat.

iii) Bercerita
Promoter akan menghebahkan info syarikat anda kepada orang lain. Kami menggunakan kaedah ‘mouth to mouth’ yang mana kaedah ini adalah yang paling berkesan. Untuk tujuan itu juga, promoter akan mencari promoter baru untuk mengiklankan syarikat anda.

Contoh Pelekat/Sticker:

Sticker Motor

 

 

*Sticker motor

 

*Sticker keretaSticker Kereta

 

 

Mengapa Buluhmas?

i) Kos yang Rendah:
Minimum untuk satu sesi (3 bulan) adalah sebanyak seribu (1000) keping pelekat/sticker. Syarikat anda tidak perlu membayar penuh untuk jumlah pelekat/sticker kerana setiap pembayaran akan ditolak 10% untuk digantikan dengan barang atau baucer syarikat anda.

Contoh:

Pelekat/sticker
Harga
Jumlah - (10%)
Pembayaran
1000
100%
100% - 10%
90%

ii) Pemusatan Pengiklanan:
Buluhmas mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mempromosikan pelekat/sticker anda di mana sahaja di semenanjung Malaysia. Anda boleh membuat pemusatan pengiklanan di daerah setiap negeri mengikut keperluan.

Contoh:

Pelekat/Sticker
JB
Ipoh
Alor Setar
KL
1000
250
250
250
250

iii) Berkesan dan Efektif:
Setiap promoter akan mempamerkan(melekatkan) pelekat/sticker syarikat anda di kereta mereka dan akan membawanya ke mana-mana sahaja selama 3 bulan untuk satu sesi. Mereka bukan sahaja mempamerkan malah akan menyebarkan info kepada orang awam dan setiap promoter akan menggunakan produk atau baucar syarikat anda.

iv) Perkembangan yang Cepat:
Promoter bukan sahaja membawa pelekat/sticker syarikat anda ke mana-mana sahaja malah mereka juga menggunakan kaedah pengiklanan yang paling berkesan iaitu ‘mouth to mouth’. Informasi dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.

v) Servis Selepas Jualan:
Setiap bulan selama sesi, BuluhMas akan berjumpa dengan pihak anda untuk menghantar laporan. Ini memberikan lebih peluang untuk pihak kami memahami kehendak anda dari masa ke semasa. Pihak anda juga berpeluang menjemput promoter untuk bersama-sama di majlis-majlis yang diadakan.

Matlamat Buluhmas

Matlamat kami adalah untuk membawa Syarikat anda menembusi pasaran di Malaysia dan pengguna akan berterusan menggunakan produk dan perkhidmatan Syarikat anda.

 “Kami Percaya Apa Yang Anda Pasarkan. Biar Kami Perkenalkan!”

 

 
Copyright 2008 Buluhmas Enterprise Sdn Bhd. All rights reserved.
Website Powered by Ezzardesign Agency